Saturday, October 15, 2011

Curahan emosi

Sebenarnya aku dah ada blog lain, ni blog aku since 2008, tapi memandangkan blog tu fully english dan aku memerlukan satu tempat di mana aku boleh meluahkan perasaan dalam bahasa ibunda tercinta, maka terciptalah blog ini...
TGB bagi aku mewakili The Good and Bad, maksudnya kat TGB ni semuanya ada, kesedihan, kegembiraan, suka, duka, masam, manis, masin dan seangkatan dengannya... Sejak masuk TGB, banyak benda yang aku dah pelajari... Macam-macam jenis manusia aku dah jumpa dan kalau nak dibandingkan dengan kat Sri Aman dulu, memang TGB lagi fun sebab ada budak laki. Haha! Tak de lah, setiap benda ada baik dan buruknya...

So sekarang aku akan menceritakan tentang topik ter-hot minggu ni iaitu UPSS2 SEM2 yang selamat aku ambik 2 minggu lepas.. Memang cuak tahap maksimas sebab aku dapat merasakan ada certain subjek yang bakal drop dan sangkaan aku sememangnya tepat..
Ni result aku:
BM - 82
BI - 92
M3 - 100
SEJ - 96
ADD M3 - 68
BIO - 79
FIZIK - 80
CHEM - 79
ICT - 88
SAINS KOMP - 84
PAI - 60

Ada sebabnya kenapa aku letak PAI last skali... Seperti firasat aku katakan, PAI aku akan merudum masuk gaung disebabkan kecuaian aku sendiri... Nak diceritakan, punyalah aku frust gile2 sebab tak dapat jawab Add Maths sehingga terbawa-bawa masa jawab PAI. Aku mengaku, aku tak fokus masa jawab. In the end, aku pun tak memahami arahan "Soalan 1 dan 2 wajib, pilih mana-mana soalan berikutnya" lalu aku pun jawab soalan 1, 3 dan 4...

Melayang 20 markah aku.... Aku sedar pun time nak hantar kertas.. Apa boleh buat, cuma mampu tergelak... Balik tu aku saje amik jalan jauh, lalu ikut bilik guru, DC dan sambil tu air mata melimpah2.. Kecewa yang teramat. Aku terus call mak, mintak nasihat. Mak cakap tak pe, lain kali cuba lagi.

Bila dapat balik kertas aku redha je... Nak wat camne memang kesalahan aku. Ustaz dah cabar kitorang untuk dapat 100 Final SEM nanti. Insyaallah aku sahut cabaran tu.

Kalau nak dibandingkan, markah aku ada 6 subjek meningkat dan 5 subjek menurun. Haha tergempak. Alhamdulillah aku ada 3 subjek terbaik dalam maktab iaitu English, Maths dan ICT. :)
Cakap pasal ICT ni, memang hati aku membara2. Sekarang ni kitorang dah tinggal 9 orang, 3 perempuan, 6 lelaki. Najwa dan Sarah telah blah meninggalkan aku sendirian. Kepada 8 orang sahabat seperjuanganku, kita kena bertahan, buktikan kita celik IT and aim for ICT A+ SPM 2012!
Nampaknya post ni memang dah berjela-jela jadi aku stop kat sini, sambung ler kat post lain ye.
Yang benar,
Eisha.