Sunday, December 25, 2011

Mencarut?

Aku ada satu soalan cepucemas untuk diajukan kepada korang sekalian.
Kenapa kita suka mencarut?
Aku tak nafikan memang aku pun suka mencarut. Okay, takdelah sampai ke tahap suka, tapi jadi tabiat buruk lah. Di sini aku akan senaraikan antara teori-teori ciptaan minda separuh sedar aku yang mungkin mampu menjelaskan hal ini:


  • Merasakan mencarut itu cool.
  • Menganggap mencarut membuatkan diri nampak lebih matang dan ganas.
  • Perasan nak jadi bad boy/bad girl <--Idea sumbangan big bro aku
  • Terpengaruh dengan rakan-rakan sekeliling
  • Tabiat sejak kecil
  • Sikap terlalu pessimistik dan bencikan semua benda di sekeliling
  • Lemah iman, sebab mencarut tu kan ditegah oleh agama?

Jadi? Yang mana satu pilihan kalbu?
Bagi aku, aku rasa teori yang terakhir paling tepat. Sebabnya, Islam tak pernah menghalalkan perbuatan mencarut. Malahan Rasulullah S.A.W tak pernah memaki sesiapa pun seumur hidupnya.
Mungkin azam tahun baru aku adalah kurangkan mencarut. Kenapa 'kurangkan', tak 'hentikan' terus? Selalunya perubahan drastik memang akan gagal lah, wa cakap sama lu.

Bila cakap pasal perkara drastik ni, baru-baru ni aku dapat satu berita yang sedih melibatkan dua orang senior TGB aku, Fathi Ihsan dan Akmal Haziq. Diorang terlibat dengan satu kemalangan motosikal. Langgar dengan apa, itu aku tak pasti.. Tapi yang buat aku rasa terkilan sangat adalah pemergian Allahyarham Fathi Ihsan. Akmal Haziq (Tiger) pulak sekarang tengah koma.

Kejadian berlaku lebih kurang pukul 3.15pm.. Bila baca balik status terakhir yang Abang Badar Fathi kita post kat Facebook, tiba-tiba hati aku rasa berat sangat.

aku syg kawan kawan aku *masuk syurge same same eh :) 
selamat malam dunia
harap harap esok masih ada tuk aq

Macam dia dah tahu je yang dia nak pergi. Al-fatihah untuk Abang Badar + Komander K.Po 10/11 yang tak lokek dengan senyuman.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..

Benda ni meninggalkan satu kesan dan peringatan dalam diri aku, bahawa setiap detik yang berlalu membawa maksud bahawa masa kita semakin singkat.

Ya Allah, banyak sangat dosa aku. Sempat ke aku nak bertaubat?

Tuesday, December 20, 2011

Cuti dah nak habis

Sekarang aku tengah panik. Cuti dah nak habis. Nasib baik, alhamdulillah homework dah siap 95%.
Hanya tinggal Biopractical je lagi, itupun ada 3 je yang aku tak jumpa.
Minggu ni memang banyak sangat benda yang berlaku. Buat kali pertama aku berjaya keluar rumah selama 2 hari berturut-turut! Haha.. Sangat jakun kan?
Hari yang pertama tu hari Sabtu 17 Disember. Aku lepak kat Midvalley (mana lagi kan) dengan dua orang lagi budak TGB.. Siapa tu tak perlu lah didedahkan ye.. *keningkening
Aku datang-datang je terkejut beruk sebab traffic jam dari rumah sampai highway sampailah pintu masuk East Atrium tu. Memang jalan lagi lambat daripada kura-kura. Rupa-rupanya baru aku teringat, haritu ada Education Exhibition ke apa benda entah. Itu pasal la ramai sangat orang.
Sampai je kat depan GSC tu memang la terus pening kepala. Barisan yang nak beli tiket wayang tu bapaklah panjang dan bengkang-bengkok macam ular kena palu (okay ini peribahasa ye). Akhirnya terpaksa tengok cerita The Muppets.

Kitorang buat kerja gila. Si budak dua orang tu guna kupon Pizza NiE magazine diorang pastu salah sorang budak bertuah daripada mereka memasukkan kepingan-kepingan pizza tersebut ke dalam beg plastik ayam goreng Jusco dia.. Pastu dia bagi pulak kat sahabat aku yang sorang lagi, sumbat dalam beg dia.
Lawak weh. Kaedah terbaru untuk seludup makanan ke dalam panggung. Pada waktu tersebut aku merasakan diri sangat bengong sebab tak bawak kupon pizza aku. Akhirnya pergi la beli Auntie Anne's Pretzel. Lagi senang seludup, hehe.

Cakap pasal cerita The Muppets, memang aku tension tengok cerita tu. Kejap-kejap nyanyi. Pastu konflik dia sangat cliche. Akhirnya happy ending. Macam cerita Disney lah pulak. Tapi boleh la tahan, bagi aku. Bagi orang lain tak tahu la pulak. Ada la sedikit penyesalan sebab sebenarnya memang aku nak sangat tengok Mission Impossible Ghost Protocol. Haisy, akibat tak beratur awal, melepas.. Kesimpulannya adik-adik, kita mestilah membuat tempahan tiket wayang awal ye. Dan cubalah elakkan tengok wayang hari minggu. Kalau tak nanti anda semua terpaksa membayar RM14 untuk menonton wayang kanak-kanak riang.

Hari seterusnya aku lepak dengan bro aku juga dikenali sebagai member terbaek dalam bab-bab fanatik anime dan manga. Haha.. Kitorang pergi ke KLCC dengan satu matlamat yang murni: menjejakkan kaki buat kali ketiga di Comic Fiesta! Bak kata pepatah Inggeris, a picture is worth a thousand words, jadi lebih baik aku menjelaskan kepada korang betapa SERONOKNYA pergi ke Comic Fiesta tu.






HAHAHA Memang aku sengaja letak gambar-gambar yang ada muka aku sekali. :D

Kesimpulannya memang terbaik la Sabtu dan Ahad lepas. Harap-harap hari-hari seterusnya akan menjadi lebih baik~
Bergumbira,
Eisha.

Thursday, December 15, 2011

Ada orang dah bertambah tua...

Agak-agaknya siapa ek?
Haha aku la tu.... So happy birthday to me.

Sejak kecil lagi aku memang teringin nak ada birthday party sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Tapi sampai sekarang masih tak kesampaian.. Tak pelah, bukan semua benda yang kita nak, kita akan dapat, kan? Nanti bila aku ada anak, aku nak bagi dia merasa sekali... Tapi sekali je la, sebab kita kena ingat, ramai lagi orang yang kurang berkemampuan kat luar sana.

Bagi aku, hari jadi aku pada 13 Disember 2011 yang lalu tak ada bezanya dengan hari-hari yang lain. Sebabnya, kali ni, aku hanya dapat satu hadiah daripada kakak aku iaitu sebiji botol jenama BROS yang sangat gempak sebab bermotifkan gambar metropolitan warna biru yang begitu ranggi sekali. Cewah. Selain daripada tu, orang lain wish 'Happy Birthday'. Camtu lah...

Kadang-kadang rasa macam tak dihargai sebab setahun kehidupan aku berlalu macam tu je. Hmmm..

Apa-apapun, terima kasih kepada semua yang wish aku!
Kini 16 tahun,
Eisha.

Thursday, December 1, 2011

SEM 2 Results

Malas aku nak banyak cerita, tengok je la sendiri result aku ni:
BM - 81
BI - 94
MATHS - 98
ADD MATHS - 81
PAI - 86
SEJ - 87
SIVIK - 88
SENI - 98
BIO - 87
PHYSICS - 81
CHEM - 88

Okay, memang result SEM aku alhamdulillah, semua A. Tapi PNG AKUUUUUUU!
PAI aku dapat 82 B+. Lawak ape doh.
Jadi akhirnya aku memperoleh 3.96. Masa mula-mula dapat result tu hati memang berdebar-debar nak bukak sampul. Tiba-tiba ada pos kotak pulak datang jadi aku terpaksa menangguhkan niat dan keluar untuk ambik bungkusan tu.
Masuk-masuk je aku jerit "MAAAKKK JANGAN BUKAK LAGIII!!" Aku pun bukak lah dan bila aku tengok '3.96' tertera kat situ jiwa aku mula bergelora dan memberontak. Aku menangis tanpa rela, aku macam dirasuk nafsu amarah yang sangat-sangat..
Mak aku terus tarik aku dan beri kata-kata semangat. Mak suruh aku fikir, yang aku duk marah-marah tu, aku marah kat siapa? Kat diri sendiri ke, kat cikgu ke atau kat Allah?

Lebih kurang camni reaksi aku waktu tu

Aku pun beristighfar.. Sumpah masa tu aku dah hampir-hampir nak runtuh tiang akidah. Hanya kerana 0.04.
Macam siot kan, apa yang benda duniawi boleh buat kat kita? Dia menggugat keimanan kita, menanam sifat membenci ketidaksempurnaan dalam diri, menghapuskan rasa bersyukur dan tawadduk.

Tapi apapun, congrats kepada rakan-rakanku yang dapat 4.0! Sarah, Adreena, Najwa, Aina dan yang lain-lain... Semua yang dapat 3.98 haritu dah naik jadi 4.0 cuma aku je yang kecundang... Takpelah ini yang dikatakan turun naik kehidupan. Kalau menangis pun bukan boleh memutar kembali masa, kan?

To my English Kurnia students, I am soooooo proud of you! A lot of you have improved tremendously. Well done, friends! <3
Ikuzo!,
Eisha.