Monday, November 28, 2011

Harimau lemau?

Nak cakap sikit lah pasal Malaysia vs Bahrain haritu.. Kita kalah 2-3 dan 3 gol yang berjaya melepasi kekangan Apex kesayangan aku tu disumbat dalam masa hanya 6 minit. Pada awalnya harapan cerah untuk kita menang. Secara keseluruhannya Malaysia mendominasi perlawanan tapi kenapa kita boleh tumbang di saat-saat akhir?

Bagi aku kita kena lihat perkara ni secara holistik. Siapa penjaring pertama? Nazmi Faiz, pemain termuda.. Dahlah gol dia fulamak cantik doh.. Walaupun aku tengok kat YouTube je sebab masa game tu aku sibuk tengok Dalam Mihrab Cinta kat tv Alhijrah, tapi gol tu memang lawa lah.

Apa-apapun, SELAMANYA HARIMAU MALAYA <3
Harapan teguh,
Eisha.

Sunday, November 27, 2011

Macam penjara

Dalam dunia ni memang tak ada tempat yang selamat. Betul tak?
Tiap-tiap hari mesti ada kes yang berlaku, especially kat area KL dan PJ tempat aku bersemayam ni.
Kenapa lah orang mesti buat jenayah? Sebab kalau tak de jenayah hidup aku akan senang lenang, nak keluar rumah pun tak de masalah. Disebabkan kekerapan jenayah yang tinggi kat tempat tinggal aku, parents aku pun punyalah susah nak bagi lampu hijau bila aku mintak nak keluar rumah.

Aku pernah buat kiraan berapa kali aku pernah pergi berjalan-jalan di bandaraya dengan kawan-kawan. Tahun lepas aku kira, 3 kali dengan kawan, 2 kali trip sekolah, 3 kali dengan mak dan 2 kali dengan adik-beradik aku.
'Sadis'nya hidupku ini!!!!
Port yang selalu aku lepak memang tak lain tak bukan Midvalley, sebab parents aku memang bagi pergi setakat tu je. Paling jauh aku pernah pergi, Berjaya Times Square dengan Sogo KL. Tu pun aku gi dengan abang aku sebab ada event Comic Fiesta.



Best worh gi CF... Tak rugi aku gi.. :)

Nak dipendekkan cerita, bila orang kata best duduk kat KL ataupun bandar-bandar besar seperti JB, Melaka (bukan Jasin, tapi bandaraya!), KB dan sebagainya sebab banyak tempat nak bersuka-ria... Sebenarnya penyataan itu salah! Dunia kita bergantung kepada orang yang di dalamnya. Jadi kalau keluarga korang terlalu mengongkong, sama je macam duduk kat kampung, kan? Aku rasa baik duduk kat kampung, lagi bebas nak mengembangkan minda dengan aktiviti-aktiviti luaran. Tangkap ayam ke, bagi makan kat lembu ke, naik basikal ke (walaupun aku tak reti)...

Memang ada sudut positifnya..  Ye... duduk kat rumah boleh tolong mak, kan? Aku tau parents aku 'mengawal dan memantau aktiviti aku' macam dalam karangan yang selalu kita tulis tu, demi kepentingan aku jugak.. Tapi kadang-kadang aku pun nak hidup macam orang lain jugak, boleh keluar lepak dengan kawan-kawan.

Pernah la terdetik dalam hati aku yang rumah aku macam penjara. Entahlah mungkin ada hikmah yang aku tak perasan.

Dalam kebingungan dan kebengangan,
Eisha.

Monday, November 21, 2011

Menang lah wei!

Sekarang ni tekak aku tengah sakit. Pasal apa?
Pasal ni lah:

Sumpah memang aku gembira tak tertahan bila Malaysia menang pingat emas Sukan SEA kali ni. Terharu bila membaca headline suratkhabar yang menggunakan hiperbola metafora tahap maksimas, contohnya "Harimau Muda Baham Garuda". Time macam ni mesti semua warga Malaysia rasa bangga sangat-sangat, kan?

Aku yang duduk kat rumah dengan mak aku pun terjerit-jerit setiap kali ada peluang nak jaringkan gol, ataupun bila skuad Indon duk main ganas dengan pemain-pemain kesayangan aku. Masa penalti tu, fuuuuuhh, cuaknya tak payah cakap lah. Boleh terbit aku dibuatnya.

Tapi akhirnya, alhamdulillah, berkat doa seluruh warga Malaysia, kita menang dan berjaya membuktikan bahawa skuad U-23 kita memang gempak!
Esok diorang akan menentang Syria untuk kelayakan Olimpik. Serius weh, kalau Malaysia masuk Olimpik, aku dapat merasakan sebuah sejarah akan terlakar. Bagi aku, ini lah zaman kegemilangan bola sepak Malaysia, hampir menyamai taraf zaman Allayarham Mokhtar Dahari and the gang dulu.

Semangat yang ada pada pasukan kita kali ini memang tak dapat dinafikan, sangat hebat. Sehinggakan Nazmi Faiz pun sanggup tak ambil SPM demi bermain untuk negara. Ni baru ada class ye, sahabat sekalian. Kalau setakat jadi jaguh kampung ataupun jaguh jalanan (merempit lah) tak ada gunanya. Contohilah skuad U-23 kita!

Aku doakan skuad kita terus gagah di persada dunia dan melayari bahtera menuju ke puncak kejayaan sekaligus mengotakan aspirasi harapan rakyat Malaysia untuk melihat nama Malaysia terukir indah di buku legenda arena bola sepak. (cewah ayat!)
All the best,
Eisha.

Sunday, November 20, 2011

Setahun berlalu...

Sedar tak sedar, 18 November 2011 yang lalu merupakan detik terakhir kehidupanku sebagai seorang pelajar Tingkatan 4 di MRSM TGB. Terlalu banyak kenangan yang terpahat di memori aku sepanjang setahun ni. Kadang-kadang aku terfikir, kalau aku tak pergi MRSM, adakah aku akan menjadi aku yang sekarang ini? Masa berlalu dengan cepat dan tak lama lagi aku akan bergelar seorang calon SPM 2012. Sejak berada di MRSM, aku dah berubah menjadi lebih matang. Dari segi pemikiran, aku belajar cara membuat keputusan dengan memikirkan perasaan orang lain. Dari segi rohani, aku dapat timba ilmu agama dengan lebih mendalam. Kalau kat Sri Aman dulu, mungkin aku akan terus sesat, solat pun entah ke mana.

Suatu pagi minggu lepas, aku menangis mendengar tazkirah Subuh yang Neezam bagi. Terharu sangat. Dia ada cakap pasal kita yang selalu lupa tentang Allah tapi berdoa nak kejayaan dalam kehidupan. Kita alpa dan terlupa nak meminta untuk satu perkara yang paling berharga iaitu hidayah Allah.
Antara apa yang Neezam katakan:
" Apabila anda semua berjaya menjadi doktor, engineer, lawyer, saya takkan berada di sisi anda untuk mengingatkan anda lagi. Tapi suatu hari nanti ingatlah kepada saya seorang hamba Allah yang hina yang pernah berkongsi ilmu dengan anda dan sebarkanlah ilmu itu."

Tapi ayat yang paling menyentuh sanubari aku ialah:
"Kita mungkin tak ada peluang untuk berjumpa lagi tapi insyaallah kita akan bertemu lagi di kampung halaman kita iaitu syurga Allah yang abadi."

Pada waktu tu, tanpa disedari air mata aku menitis. Terharu sangat-sangat. Ramai jugak form 5 dan form 4 lain yang menangis. Ni lah sebabnya kenapa aku sangat respect terhadap BKP Form 5 2011. Diorang memang gempak.Pagi pertama SPM, Hafid bacakan SPM Pledge dan ramai yang cakap bulu roma diorang meremang. Semangat dia memang perrgghhh. Aku tak terkejut kalau batch diorang tahun ni dapat no.1 Malaysia. Memang semua orang ada melakukan kesilapan, jadi mungkin diorang dah berubah di saat akhir. Kita tak berhak nak menilai.

Di kesempatan ini, banyak yang aku nak sampaikan. Aku tak berpeluang nak berjumpa dengan kebanyakan form 5 yang aku kenal dan juga sahabat-sahabat tersayang sebab aku balik tersangatlah awal haritu. Kat sini, aku nak ucapkan:

Kepada semua Young Teachers yang pernah berada di dalam team kelolaan aku, aku minta maaf sangat-sangat kalau aku pernah menyusahkan korang. Aku doakan yang terbaik untuk korang, semoga kita sama-sama mencapai kejayaan berkat keikhlasan kita.

Kepada Form 5 2011, korang dah banyak mengajar kitorang form 4 cara nak meneruskan kehidupan kat TGB ni. Terima kasih sangat-sangat dan minta maaf kalau kitorang banyak sakitkan hati korang.

Kepada Blok Energetik!, aku selalu pakai seluar pendek jalan-jalan dalam blok kan? Sorry sangat-sangat kalau ada yang terkeluar ilmu disebabkan aku. Harap korang halalkan apa-apa yang pernah aku tersilap kat korang, bising dalam blok ke, terbasahkan baju korang kat ampaian ke, dan semua tu lah. Blok E the best!

Kepada Drama Team, aku minta maaf sangat kalau sepanjang aku bertugas sebagai Director, aku dah menyinggung perasaan korang. Walaupun kita tak menang tapi kita tetap menang di hati aku. Banyak sangat kenangan yang korang dah bagi.

Kepada Berlian 1, homeroom kita memang tak unite, betul tak? Aku harap tahun depan kita akan menjadi homeroom terbaik yang saling membantu dan menyokong! Jangan pulaukan sesiapa sebab bukan semua orang perfect.

Kepada semua budak kelas 404, aku tahu banyak dosa yang aku dah buat kat korang. Mungkin ada yang pernah terasa hati dengan aku. Aku minta maaf sangat-sangat. Setiap hari aku berdoa supaya kelas kita, kelas 404 mendapat keputusan yang terbaik dan meningkat, supaya kita dapat membaiki sahsiah diri, supaya kelas kita bersatu-padu. Di tahun hadapan, aku berharap kelas 504 menjadi kelas terbaik! Kita buktikan kita boleh!

Kepada sahabat-sahabatku di Sri Aman, walaupun kita tak dapat menghabiskan tahun 2011 bersama tapi aku nak korang tahu yang selama aku berada di TGB, memori kita bersama tetap aku simpan dalam kenangan dan aku selalu ingat kat korang.

Selamat tinggal tahun persekolahan 2011. Akan aku buka lembaran hidup yang baru.
Dengan memori ,
Eisha.

Saturday, November 19, 2011

SEM 2 FINALS

Aku baru sahaja habis menduduki peperiksaan akhir SEM 2.. Alhamdulillah, setakat ni semua kertas aku dapat jawab dengan jayanya tapi sangatlah takut untuk menanti keputusan tiba di rumah nanti. Subjek pertama yang aku jawab haritu ialah BM. Boleh lah tahan... Cuma aku tak berapa puas hati dengan tajuk karangan berpandu iaitu Kepentingan Rukun Negara.. Memang blank terus kat situ.
Untuk BI pulak lain cerita. Jarang sekali aku dapat merasakan ketidakyakinan bila menjawab essay. Mungkin terlalu cuak sebab exam 1 jam lebih je.. Bagi aku tu memang tak cukup. Sekarang aku cuma boleh bertawakkal.

Haritu ramai sangat orang yang datang cakap terima kasih kat aku sebab dah tolong diorang dan bagi tips-tips pasal English. Faidz, Harir, Adam, Atikah dan ramai lagi yang cakap diorang confident dan enjoy masa jawab essay sebab dah cukup persediaan. Kawan-kawan aku yang join kelas kurnia English pun ramai kata first time dapat jawab essay tak ada masalah. Keluar exam pulak tajuk yang pernah English Young Teachers bagi iaitu "What would you do if you were a millionaire?" Secara jujurnya, aku hampir-hampir menangis. Tak sangka ilmu yang aku kongsi tu walaupun tak seberapa tapi ada manfaatnya untuk orang lain.

Subjek yang lain memang mencabar tapi boleh lah dijawab. Agama Islam memang aku sangat tekankan sebab taknak pisang berbuah dua kali. Ustaz pun ingatkan aku "Eisha, nanti jawab soalan 1 dan 2 tau, 3 dan 4 yang kena pilih." Aku tergelak je terkenang kesilapan yang dulu.

Setakat ni aku dah dapat result ICT. Alhamdulillah, dapat 91. Ada 3 orang yang dapat A+ iaitu aku, Zaki dan Hazman. Tahniah tau korang! Kepada rakan seperjuangan ICT ku yang lain, tahniah jugak sebab result kita dah meningkat! :)

Tak sangka tahun depan dah 2012. Peperiksaan yang bakal mengubah hidup aku semakin dekat.
Ya Allah, aku belum bersedia. Apa yang harus aku lakukan?
Berfikir sejenak,
Eisha.

Saturday, November 5, 2011

Sayang

Hai sayang. :)

Kita saaaaaaaaaayang sangat kat awak.
Kadang-kadang kita terfikir boleh ke kalau kita nak bersama awak selamanya?
Adakah jodoh kita memang dengan awak?
Setiap hari kita berdoa supaya hubungan kita berkekalan.
Tapi kita takut sangat kalau suatu hari nanti kita kena berpisah.

Kita dah bagi hati kita kat sayang. Jaga elok-elok tau.


With love,
Eisha.

Internet membengangkan

Sejak kebelakangan ni Internet di rumahku buat hal. ASDL tak boleh detect lah, apa lah...
Tapi takpe lah, bro aku dah baiki everything and sekarang dah boleh guna balik.

So topik pada kali ini ialah.... Persahabatan.
Cerita pasal persahabatan atau dalam Englishnya 'friendship' ni, memang banyak yang boleh diulas. Silap-silap boleh lengkap sebiji novel. Tapi bagi aku, persahabatan aku di MRSM lebih mencabar berbanding dengan kat Sri Aman dulu. Kalau dulu, mostly boleh dikatakan kenangan yang manis je.. Jarang sangat dengar kawan-kawan bergaduh ke, berselisih faham ke...

Kat MRSM lain pulak ceritanya. Setiap hari mesti ada kawan aku yang datang share masalah, luahkan ketidakpuasan hati yang dah lama terbuku di jiwa. Maklumlah, kita akan berjumpa dengan kawan-kawan ni 24/7, maksudnya setiap aspek personaliti seseorang tu boleh kita tengok kalau kat MRSM. Mungkin di Sri Aman dulu, aku cuma dapat melihat sikap yang baik.. Caring, penyayang, bertoleransi, lemah-lembut dan lain-lain.. Yang buruknya tak pulak dipamerkan, betul tak?

Ramai yang boleh kita anggap sebagai kawan tapi ramai yang kita boleh panggil sebagai sahabat. Pasti ada yang bertanya, "Ada beza ke sahabat dengan kawan?" Bagi aku, kawan datang waktu senang tapi pergi waktu susah. Sahabat ada di sisi kita sepanjang masa.

Sebenarnya aku pun tahu aku ada side aku yang mungkin ramai orang tak suka.. Iaitu mulut lancang. Hahaha memang tak dapat dinafikan aku lebih terdorong untuk berkata-kata sebelum berfikir. Kemungkinan besar ramai yang pernah terasa dengan apa yang aku cakap. Kalau aku tak puas hati, aku memang suka cakap on the spot. Bab kutuk-mengutuk aku memang no.1. Dah jadi tabiat aku sejak kecil lagi.

Kepada sahabat dan kawanku yang pernah kecil hati dengan kata-kataku, aku di sini ingin menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan... Kalau ada masa lagi aku akan sambung bab persahabatan ni..

Sampai di sini sahaja. :)

Ikhlas,
Eisha.