Monday, November 21, 2011

Menang lah wei!

Sekarang ni tekak aku tengah sakit. Pasal apa?
Pasal ni lah:

Sumpah memang aku gembira tak tertahan bila Malaysia menang pingat emas Sukan SEA kali ni. Terharu bila membaca headline suratkhabar yang menggunakan hiperbola metafora tahap maksimas, contohnya "Harimau Muda Baham Garuda". Time macam ni mesti semua warga Malaysia rasa bangga sangat-sangat, kan?

Aku yang duduk kat rumah dengan mak aku pun terjerit-jerit setiap kali ada peluang nak jaringkan gol, ataupun bila skuad Indon duk main ganas dengan pemain-pemain kesayangan aku. Masa penalti tu, fuuuuuhh, cuaknya tak payah cakap lah. Boleh terbit aku dibuatnya.

Tapi akhirnya, alhamdulillah, berkat doa seluruh warga Malaysia, kita menang dan berjaya membuktikan bahawa skuad U-23 kita memang gempak!
Esok diorang akan menentang Syria untuk kelayakan Olimpik. Serius weh, kalau Malaysia masuk Olimpik, aku dapat merasakan sebuah sejarah akan terlakar. Bagi aku, ini lah zaman kegemilangan bola sepak Malaysia, hampir menyamai taraf zaman Allayarham Mokhtar Dahari and the gang dulu.

Semangat yang ada pada pasukan kita kali ini memang tak dapat dinafikan, sangat hebat. Sehinggakan Nazmi Faiz pun sanggup tak ambil SPM demi bermain untuk negara. Ni baru ada class ye, sahabat sekalian. Kalau setakat jadi jaguh kampung ataupun jaguh jalanan (merempit lah) tak ada gunanya. Contohilah skuad U-23 kita!

Aku doakan skuad kita terus gagah di persada dunia dan melayari bahtera menuju ke puncak kejayaan sekaligus mengotakan aspirasi harapan rakyat Malaysia untuk melihat nama Malaysia terukir indah di buku legenda arena bola sepak. (cewah ayat!)
All the best,
Eisha.

No comments:

Post a Comment