Tuesday, December 20, 2011

Cuti dah nak habis

Sekarang aku tengah panik. Cuti dah nak habis. Nasib baik, alhamdulillah homework dah siap 95%.
Hanya tinggal Biopractical je lagi, itupun ada 3 je yang aku tak jumpa.
Minggu ni memang banyak sangat benda yang berlaku. Buat kali pertama aku berjaya keluar rumah selama 2 hari berturut-turut! Haha.. Sangat jakun kan?
Hari yang pertama tu hari Sabtu 17 Disember. Aku lepak kat Midvalley (mana lagi kan) dengan dua orang lagi budak TGB.. Siapa tu tak perlu lah didedahkan ye.. *keningkening
Aku datang-datang je terkejut beruk sebab traffic jam dari rumah sampai highway sampailah pintu masuk East Atrium tu. Memang jalan lagi lambat daripada kura-kura. Rupa-rupanya baru aku teringat, haritu ada Education Exhibition ke apa benda entah. Itu pasal la ramai sangat orang.
Sampai je kat depan GSC tu memang la terus pening kepala. Barisan yang nak beli tiket wayang tu bapaklah panjang dan bengkang-bengkok macam ular kena palu (okay ini peribahasa ye). Akhirnya terpaksa tengok cerita The Muppets.

Kitorang buat kerja gila. Si budak dua orang tu guna kupon Pizza NiE magazine diorang pastu salah sorang budak bertuah daripada mereka memasukkan kepingan-kepingan pizza tersebut ke dalam beg plastik ayam goreng Jusco dia.. Pastu dia bagi pulak kat sahabat aku yang sorang lagi, sumbat dalam beg dia.
Lawak weh. Kaedah terbaru untuk seludup makanan ke dalam panggung. Pada waktu tersebut aku merasakan diri sangat bengong sebab tak bawak kupon pizza aku. Akhirnya pergi la beli Auntie Anne's Pretzel. Lagi senang seludup, hehe.

Cakap pasal cerita The Muppets, memang aku tension tengok cerita tu. Kejap-kejap nyanyi. Pastu konflik dia sangat cliche. Akhirnya happy ending. Macam cerita Disney lah pulak. Tapi boleh la tahan, bagi aku. Bagi orang lain tak tahu la pulak. Ada la sedikit penyesalan sebab sebenarnya memang aku nak sangat tengok Mission Impossible Ghost Protocol. Haisy, akibat tak beratur awal, melepas.. Kesimpulannya adik-adik, kita mestilah membuat tempahan tiket wayang awal ye. Dan cubalah elakkan tengok wayang hari minggu. Kalau tak nanti anda semua terpaksa membayar RM14 untuk menonton wayang kanak-kanak riang.

Hari seterusnya aku lepak dengan bro aku juga dikenali sebagai member terbaek dalam bab-bab fanatik anime dan manga. Haha.. Kitorang pergi ke KLCC dengan satu matlamat yang murni: menjejakkan kaki buat kali ketiga di Comic Fiesta! Bak kata pepatah Inggeris, a picture is worth a thousand words, jadi lebih baik aku menjelaskan kepada korang betapa SERONOKNYA pergi ke Comic Fiesta tu.






HAHAHA Memang aku sengaja letak gambar-gambar yang ada muka aku sekali. :D

Kesimpulannya memang terbaik la Sabtu dan Ahad lepas. Harap-harap hari-hari seterusnya akan menjadi lebih baik~
Bergumbira,
Eisha.

No comments:

Post a Comment