Thursday, June 28, 2012

Take A Break

Haha dah lama betul aku tak update ni. Sebenarnya aku serius busy sekarang. Ni nak cerita sikit macam mana hidup sepanjang 2 minggu lepas:

KARNIVAL MATHS SE-MALAYSIA
Orait, so alhamdulillah aku terpilih mewakili TGB ke Maths Carnival ni. 7 orang terpilih, semua orang lain bijaksana, aku ada la rasa macam tak layak sikit. Nak jadikan cerita mula-mula benda tu kat MRSM Trolak, tup tup tukar ke MRSM Muar. Haha, Muar adik beradik TGB kan? Kat sana tak ada benda yang baru sangat, cuma ada mesin Slurpee kat Ko-op. Tu pun tak sempat nak makan.

Team mates aku merupakan:
Norshamimi Zamri - si genius 509 yang comel dan bersiap dengan sangat lambat, haha, :P
Pyan Yusuff - si kerek 513 yang muka macam atok tua dan ego tahap gaban (asyik dia je menang)
Emir Ariff - si bulu mata lentik 505 yang suka buat lawak ngeng masa stress (persaingan Pyan, haha)

Lepas ambik Qualifying Quiz Maths, rasa macam tak ada harapan nak masuk final sebab memang soalan dia dahsyat. Tapi masa kem Olimpiad, tiba-tiba cikgu message Pyan:

TAHNIAH TGB MASUK FINAL KUIZ MATHS!

Aku dah terkesima, serious tak percaya. Macam gempak je kan. Haha. Lepas check kat tv, memang pun college no. 27 layak ke Final... Jadi pada malam sebelum kuiz, ada slot Kit Kat. Kitorang patutnya boleh keluar ronda-ronda di Muar (Wetex Mall? Camtu lah). Tapi malangnya tak boleh sebab kena study untuk final keesokannya!

Punyalah cuak nak jawab, tapi memang soalan dia psiko sikit. Kitorang dapat nombor 4.. Alhamdulillah, kira ok la daripada 46 tapi agak mengecewakan sebab Olimpiad kitorang tak berjaya.. Sangat sedih, sepatutnya kalau tiada ketidakadilan, mesti Emir dan Pyan dah skor jadi best participants. Apa-apapun, kitorang pulang dengan ketiadaan Challenge Trophy. Agak sedih sebab cikgu dah bagi harapan yang sangat tinggi. 7/7 ni akan ada Olimpiad Maths Kebangsaan. Aku cakap kat Pyan, jom kita balas dendam, tapi dia cakap mustahil la sebab mesti susah punya. Hmm, entah lah, tapi yang pasti pengalaman di Karnival Maths takkan boleh dilupakan. ;)

P/S: Kepada mereka yang menemui cinta baru, tahniah dan semoga berbahagia, sementara aku cuba untuk memulakan babak yang baru, tanpa gangguan anasir luar demi menyelusuri jalan ke arah intihar yang jitu bergelar SPM. Selamat berjaya~

Sunday, April 22, 2012

Softball? Huahua!

Punyalah lama aku tak bukak blog ni sampaikan ada layout baru pun tak perasan. Aku tak berapa gemar dengan layout baru ni tapi aku akan cuba sesuaikan diri. Alright sekarang kita cerita pasal berita-berita yang hangat dan terbaru.

Mungkin ramai yang tak tahu sekarang ni aku single but not available. Hahaha. :)

Apa-apapun, aku nak kongsi satu berita yang kalau budak sekolah lama aku tahu, mesti diorang tak percaya. Alhamdulillah aku dah terpilih masuk dalam team softball maktab. Cehh mesti korang ingat berita apa kan. Bagi orang lain, mungkin benda ni perkara kecil tapi bagi aku ianya adalah amat bermakna. Sejak dari zaman Sri Aman lagi, aku tak pernah diberi peluang mewakili sekolah dalam sebarang pertandingan sukan. Yelah dulu aku mana main riadah ni, kerja aku makan tidur je. Badan pun berat. Haha. Sebab tu lah aku sangat bersyukur dapat masuk MRSM kerana mata aku dah dibuka. Aku sedar kepentingan penampilan yang kemas (dulu selekeh, huahua). Tak sangka aku boleh main sukan dan ada orang yang sanggup terima aku masuk team diorang.

Game kitorang 7/5 ni. Doakan team kitorang supaya menang.

Haritu pulak ada Hari Anugerah Cemerlang SPM. Ramai sangat senior yang datang, termasuklah Kak Syana dan Hafid. Serious aku tabik diorang. Aku nak sangat jadi macam diorang. Berkaliber tapi masih boleh maintain akademik. Hafid dengan Abg Yazid (09/10) datang bagi ceramah, serious semangat berkobar-kobar lepas dengar. Hafid ada cakap dia buat semangat ghazi, tak tidur sampai subuh selepas isyak. Bagi aku tu kerja gila, tapi hasilnya dah ada, kan? Aku tak mampu nak buat jadi aku kena cari cara belajar yang sesuai dengan aku.

Insyaallah aku boleh. Hanif Marzuki dah cakap kat aku yang kali ni aku kena dapatkan 4 flat dan masa trial nanti kena excel. Matlamat hidup dah kena tetapkan sekarang supaya nanti tak terkapai-kapai.

MATLAMAT DIRI:
-Study Medicine kat Ireland. Specialist in Opthamology (mata)
-Dah bukak klinik sendiri, poket penuh, aku nak study Music kat Jepun.
-Nak bukak galeri lukisan sendiri.

Banyak lagi sebenarnya tapi ni 3 yang utama.
Sekarang ni aku kena tumpu untuk Final SEM 1 15/5.

To all my friends, good luck and remember, never give up.

Sunday, March 25, 2012

UPSS 1 2012

Sudahlah dengan perkara-perkara yang menyakitkan hati, sekarang fikir positif. Ni keputusan UPSS1 2012 aku yang terbaru:

BM - 82
English - 91
PAI - 85
Mod Maths - 95
Add Maths - 73
Sejarah - 95
Bio - 85
Chem - 88
Physics - 88
ICT - 94

Alhamdulillah, dapat 10A... Tapi bukan 10A+. Jadi sekarang aku kena berusaha dengan lebih gigih. Di samping itu aku juga mesti fikirkan cara untuk naikkan balik subjek English maktab aku yang dah masuk gaung. 18 orang gagal, macam mana kitorang nak tolong diorang? Tapi aku masih berpegang kepada prinsip orang yang boleh bantu kita ialah diri kita sendiri.

Haritu kitorang Phi Kappa Phi pergi ceramah motivasi di Kings' Hotel. Dr. Fatanah datang. Semangat jugaklah setelah mendengar kata-kata beliau. Banyak benda yang aku dapat, nanti aku masukkan semua kata-kata semangat tu. Tapi aku lagi syok waktu makan bufet. Perut meletup menelan makanan tu semua. Ahnaf dan gengnya menapau makanan yang sangat banyak dan aku menurut sama. Hahaha Maryam habiskan makanan yang aku tapau. (Crab Meatballs)

Kalau ada masa aku akan letakkan gambar-gambar kitorang yang mencari publisiti di sana. Buat masa sekarang, jadual harian aku terlalu penuh sampai tak sempat nak berbuat apa-apa. Satu lagi perkara yang menambah stres aku adalah kehilangan:

1. Kalkulator
2. Kad matriks
3. Botol sabun basuh baju
4. Sim card

Sedih, tapi aku dah cari, jadi sekarang tinggal bertawakkal kepada Allah. Harap-harap dapat jumpa balik :'(

Teramat lama

Mengumumkan ketibaan pemilik blog ini yang sudah lama menghilang ;)

Sekarang tengah ICT, seperti biasa aku mengambil kesempatan untuk mengemaskini blog ini. Kalau ada yang rindu aku, hahahahaha tak payah perasan la Eishatur. Tak ada orang yang rindu kau pun.

Betul tu, hanya aku sahaja yang merindui orang. Aku baru je berharap supaya dapat melupakan seseorang tu sepenuhnya tapi mungkin akan mengambil lebih banyak masa. Aku ingatkan aku kuat. Semua orang yang tahu pasal benda tu (tak ramai pun), kebanyakannya tanya macam mana aku boleh jadi kuat, macam mana aku boleh 'move on' sebegitu cepat. Tapi kebenarannya, aku tak pernah move on pun.

Aku cuba tapi hampir gagal. Sekarang ni mungkin dah berjaya, tapi separuh je.

Mungkin orang yang aku tujukan tu takkan baca pun blog aku, tapi aku nak luahkan juga apa yang terbuku di lubuk sanubari ini.

Kenapa susah sangat kau nak tegur aku? Nampak aku tepi jalan, senyum pun tak boleh? Aku senyum kau tak senyum apa hal? Kau ingat senang aku nak lupakan kau? Kau tak tahu ke aku tak pernah bercinta, jadi aku memang lemah dalam bab-bab macam ni? Kau benci sangat kat aku sampai nak tengok muka aku pun menyampah eh?

Aku malas nak fikir, tapi jangan sampai suatu hari nanti aku membenci kau. Aku tak nak perkara tu berlaku. Help me go through this, please? :'(

Friday, January 27, 2012

Aku yang masih di sini

Harini kitorang ada Sukan Muhibbah 2.0. Seronok weh! Dulu aku rumah Telekom (Biru), tapi disebabkan penukaran cikgu homeroom, daripada Miss Lynn kepada Miss Z, kitorang budak-budak Berlian 1 terpaksa lah berhijrah ke rumah Proton (Kuning)... Sedih la jugak sebab biru tu warna kegemaran aku, dan orang yang aku paling sayang pun ada dalam tu.. Siapa? Tekalah sendiri. :)

Dua hari lepas ada Sukantara F5. Dengan berat hati, aku pun pergi la pada hari Proton. Yang aku lepas, dapat 3 point hanyalah lontar peluru. Yang lain semua harooomm.. Dapat la jugak 1 mata. Yang lawaknya, masa tengah lari 800m, quadriceps (ceh ayat Bio) aku cramp. So terpaksalah joging perlahan je.

Berbalik kepada cerita Sukan Muhibbah 2.0, aku berpeluang untuk mewakili Proton dalam acara bola keranjang. Syoookkk~ Kitorang main style kalah mati. First round, menentang Sime Darby, kitorang menang.. mata tak tahu lah berapa. Pastu aku rehat jap, gi usha (ehem, bukan usha, bagi sokongan) budak-budak Proton ragbi. Terpekik terlolong kat tepi padang setiap kali ada yang kena tackle ataupun tarik spender (aku tak tahu nama teknik berebut bola di udara tu). Akhirnya, Proton kalah jugak lawan Telekom. Budak Berlian 1 mesti rasa bersalah sikit bila lawan ex-rumah sendiri kan?

Apa-apapun, lepas tu sambung pulak final bola keranjang.. Menentang Petronas. Kalah pun sipi-sipi je, 5-4.. Sangat sayang tapi takpelah mungkin ni hari diorang. Kitorang rehat lagi, gi makan, tengok Super Seniors hisap rokok kat Pavi (jijik la jugak, ok) dan sambung pulak main basket tapi kali ni saja-saja je. Didi macam orang gila, buat rules sendiri.. Lawan pulak dengan USJ Galah tu. Haha memang la kena belasah. Tapi main for fun, jadi semua orang enjoy.

Lepas dah ber-basket tu, geng ICT pulak memanggil aku ke makmal komputer untuk menyiapkan folio ICT. Sebab tu lah aku boleh update blog yang dah basi ni. Tapi kan, ada satu benda yang menyakitkan hati aku.


Walaupun tadi kitorang dua je yang tinggal dalam makmal tapi KITORANG TAK BERCAKAP PUN.


Sedih. Terkilan. Serious aku tak tahu nak cakap apa dah.




Kita rindu awak sangat-sangat lah asal awak macam tak kisah kat kita je. :'(

Sunday, January 1, 2012

Kembali

Hayati lah facebook status aku yang terakhir sebelum aku balik ke asrama:

Tatkala rakan-rakanku yang lain sedang bergembira menikmati sisa-sisa cuti yang tinggal, diriku yang lara ini terpaksa menggagahkan diri untuk memadamkan komputer, melangkah ke luar rumah dan menuju ke penjara tempat ilmu ditimba.Bye guys :'(
Jadi setakat ini sajalah yang aku boleh katakan sebab aku dah nak bertolak balik..
Masa untuk bermain dah tamat.
Kini bermulalah masa untuk mengejar kejayaan.
Insyaallah.
Doakan aku,
Eisha.

Sunday, December 25, 2011

Mencarut?

Aku ada satu soalan cepucemas untuk diajukan kepada korang sekalian.
Kenapa kita suka mencarut?
Aku tak nafikan memang aku pun suka mencarut. Okay, takdelah sampai ke tahap suka, tapi jadi tabiat buruk lah. Di sini aku akan senaraikan antara teori-teori ciptaan minda separuh sedar aku yang mungkin mampu menjelaskan hal ini:


  • Merasakan mencarut itu cool.
  • Menganggap mencarut membuatkan diri nampak lebih matang dan ganas.
  • Perasan nak jadi bad boy/bad girl <--Idea sumbangan big bro aku
  • Terpengaruh dengan rakan-rakan sekeliling
  • Tabiat sejak kecil
  • Sikap terlalu pessimistik dan bencikan semua benda di sekeliling
  • Lemah iman, sebab mencarut tu kan ditegah oleh agama?

Jadi? Yang mana satu pilihan kalbu?
Bagi aku, aku rasa teori yang terakhir paling tepat. Sebabnya, Islam tak pernah menghalalkan perbuatan mencarut. Malahan Rasulullah S.A.W tak pernah memaki sesiapa pun seumur hidupnya.
Mungkin azam tahun baru aku adalah kurangkan mencarut. Kenapa 'kurangkan', tak 'hentikan' terus? Selalunya perubahan drastik memang akan gagal lah, wa cakap sama lu.

Bila cakap pasal perkara drastik ni, baru-baru ni aku dapat satu berita yang sedih melibatkan dua orang senior TGB aku, Fathi Ihsan dan Akmal Haziq. Diorang terlibat dengan satu kemalangan motosikal. Langgar dengan apa, itu aku tak pasti.. Tapi yang buat aku rasa terkilan sangat adalah pemergian Allahyarham Fathi Ihsan. Akmal Haziq (Tiger) pulak sekarang tengah koma.

Kejadian berlaku lebih kurang pukul 3.15pm.. Bila baca balik status terakhir yang Abang Badar Fathi kita post kat Facebook, tiba-tiba hati aku rasa berat sangat.

aku syg kawan kawan aku *masuk syurge same same eh :) 
selamat malam dunia
harap harap esok masih ada tuk aq

Macam dia dah tahu je yang dia nak pergi. Al-fatihah untuk Abang Badar + Komander K.Po 10/11 yang tak lokek dengan senyuman.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..

Benda ni meninggalkan satu kesan dan peringatan dalam diri aku, bahawa setiap detik yang berlalu membawa maksud bahawa masa kita semakin singkat.

Ya Allah, banyak sangat dosa aku. Sempat ke aku nak bertaubat?